CINTAILAH ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA.
● Adalah tidak wajar hatimu dipenuhi dengan kecintaan kepada seseorang dan memuliakannya melebihi cintamu kepada Allah.
● Sepertimana seseorang mukmin mengetahui dengan penuh yakin bahawa Allah tidak menyerupai sesiapa pun sama ada pada zatnya, sifatnya, nama-namanya, kata-katanya mahupun perbuatannya, begitulah juga keadaannya hati orang-orang yang soleh yang kecintaan mereka kepada Allah tidak menyerupai cinta mereka kepada perkara-perkara lain yang mereka cintai.
● Tiada sesuatu pun yang akan bertakhta di hati mereka melebihi kecintaan mereka kepada Allah.
Sumber : Facebook Asy-Syeikh Soleh al-Mughamisi hafizahullah.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta dan kasih kepada-Mu melebihi daripada segala-galanya."
Komentar
Posting Komentar