pengiktibaran pengukur keikhlasan
Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap
pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf
Qaradhawi)
Bukti yang boleh kita saksikan ialah:
1) Takut
Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya
kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg
mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw
penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara
terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi
seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit
pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.
2) Menuduh Diri
Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg
orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai
kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub
pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya
tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.
3) Beramal
Secara Diam-Diam, Jauh
Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam harus
lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan.
Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk
diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu
jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi
tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa
asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan
bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat
jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:
Landasan yg
tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”
4) Tidak Memerlukan Pujian
Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg suka
memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada
seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg
memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain
yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.
5) Tdk Kedekut Pujian
Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang
lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di
sana ada dua bencana yg bakal
muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua,
kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji
sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt
sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang
kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi
dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui
suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”
Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau
adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau
spt kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid:
“Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau
adalah kepercayaan umat ini.”
Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan
pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn
rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau
menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk
melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu
menyanjungnya.
6) Berbuat Selayaknya Dlm
Memimpin
Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat selayaknya
ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada
paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya tdk
dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi
dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan kemashlahatan bersama krn takut ada
kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia lewatkan.
7) Mencari Keredhaan
Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika
di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb
setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran,
kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha
adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk
terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu
8) Menjadikan Keredhaan
Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan,
keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn
pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis
yg dicela Allah dlm KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yg mencela mu
ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian
drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn
serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
9) Sabar Sepanjang
Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg
diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan
manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya
menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb
dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg plagi
pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup
di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya
sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah
ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg
difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku
malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran).
Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau
mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan
menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu
menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)
10) Berasa
Senang Jika Ada Yg
Bergabung
Berasa senang jika ada seseorang yg
mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk
menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini
harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt
mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu,
terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya. Malahan jika orang yg
mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg mahu memikul
tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan
tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan
kpdnya.
11) Rakus Terhadap Amal Yg
Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus
terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya
sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal
yg lbh banyak manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu
dan kesenangan diri sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah dan
solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk
mendamaikan mereka yg sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm
sebuah hadith disebutkan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg
sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara
sesama amnusia adalah pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith
shahih)
Dia mendapatkan kesenangan di hati dan
kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan
dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang itu utk
ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg
mengalami kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan
menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali sbg orang yg
tertipu.
12) Menghindari
Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas
ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh
dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk
melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan
oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh
melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut
jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima
(qurban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah:
27)
13) Peringatan Agar
Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri
dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan)
kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut
ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci.
Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan
Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg
bermaksud:
“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg
menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan
sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa:
49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg
dijelaskan Allah yg bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan
keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg
bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di
antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni
sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan,
kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali
(segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)
Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk
boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat
Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).”
(ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain
agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yg baik,
maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg
mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn
ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan
tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg orang yg
batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta
tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan
mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr
tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap
diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa
hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak
disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin
rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg
mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri spt ini
adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah
pelecehan yg menghinakan.
Sungguh ternyata benar apa yang dinukilkan oleh
Yusuf Qaradhawi seperti di atas. Buat mereka di atas jalan ini, setiap butir
perkataannya umpama kata lontar lembut dan keras yang menimpa diri kita. Bersama
kita koreksi diri dan tsabat berjuang untuk Allah.
Wallahu a'lam.
Komentar
Posting Komentar