2) Kedudukan solat di sisi para Nabi dan Rasul ‘alaihimussalam.
๐ Syarah Ushulul Iman
Solat merupakan salah satu ibadat yang disyari‘atkan dalam agama Samawi (yang diturunkan dari langit) yang terdahulu sebelum kebangkitan Nabi Muhammad . Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Tuhan untuk dirinya juga keturunannya agar dapat mendirikan solat sebagaimana firman Allah Ta‘ala: ๐“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat”. (Ibrahim: 40).
Begitu juga Nabi Ismail menyuruh keluarganya mendirikan solat sebagaimana firman Allah Ta‘ala: “Dan dia menyuruh keluarganya untuk bersolat dan menunaikan zakat”. (Maryam: 55).
Firman Allah Ta‘ala sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”. (Thaha: 14).
Allah Ta‘ala telah berpesan kepada Nabi ‘Isa agar mendirikan solat sebagaimana firman-Nya: “Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku
(mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (Maryam: 31).
Allah Ta‘ala telah memfardhukan solat kepada ummat Nabi kita Muhammad di langit pada malam Isra’ dan Mi’raj. Pada awalnya difardhukan sebanyak 50 solat kemudian dikurangkan sehingga kepada 5 solat sahaja. Menunaikan 5 solat pahalanya sama dengan 50 kali solat. Solat lima waktu ialah: Fajar (Subuh), Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. Kefardhuannya telah ditetapkan melalui persepakatan (ijma’) ulama’-ulama’ Islam.
๐ Disalin dari Pilar-pilar Islam
Komentar
Posting Komentar