4) Hikmah disyari‘atkan solat.


๐Ÿ“š Syarah Ushulul Iman



 Solat yang telah disyari‘atkan mengandungi beberapa hikmah, mungkin boleh disebut sebahagian daripadanya:

 a) Seorang hamba menzahirkan ‘ubudiyyah (perhambaan) kepada Allah Ta‘ala. Sesungguhnya dia adalah milik Allah . Dengan menunaikan solat seseorang insan menunjukkan ‘ubudiyyah dan terasa dirinya sentiasa terikat dengan penciptanya Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

b) Solat menjadikan seseorang itu kuat hubungannya dengan Allah dan menjadikan dirinya sentiasa mengingati-Allah Ta‘ala.

c) Solat yang sebenar mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Solat juga merupakan salah satu sebab yang boleh membersihkan seseorang hamba daripada dosa dan kesalahan. Semua yang tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullah  sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah , sabda Nabi :  ))                ((  . “Bandingan solat ialah seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumah seseorang daripada kamu, setiap hari dia mandi sebanyak lima kali (di sungai itu)”. (H. R Muslim).

 d) Solat membuatkan hati menjadi tenang, jiwa merasa lapang dan melepaskan seseorang itu daripada rasa susah yang mengeruhkan keceriaan hidup, kerana inilah solat menjadi penyejuk mata Rasulullah . Baginda terus melakukan solat apabila ada perkara yang menyusahkannya. Nabi  bersabda kepada Bilal:   )) !   ((  . “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan bersolat”. (H.R. Ahmad).

In Syaa Allah kita lanjutkan ke rukun islam yg ketiga yakni Membayar Zakat.

๐Ÿ“– Disalin dari pilar-pilar Islam

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mati karena sesuai dengan kebiasaannya

ILMU TERBAGI MENJADI DUA (ILMU DHARURI DAN ILMU NAZHARI)

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA