Dalil fardhu solat.


๐Ÿ“š Syarah Ushulul Iman

๐Ÿ“– Masih Rukun Islam kedua



 Telah sabit (tetap) kefardhuan solat dengan dalil-dalil yang banyak. Antaranya:

1- Dalil dari al-Quran.  Firman Allah Ta‘ala: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat”. (Al-Baqarah: 43)

.“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’: 103).

“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta‘atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat”. (Al-Bayyinah: 5).

 2- Dalil dari as-Sunnah.

1- Dari Ibnu Umar , Rasulullah  bersabda:   ))                        ((  . “Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan”. (Muttafaq ‘alaih: al-Bukhari dan Muslim).

2- Hadis Umar bin al-Khattab , Rasulullah  bersabda:   ))                        ...((  . “Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah apabila engkau mampu untuk mengerjakannya…”. (H. R Muslim).

3- Hadis Ibnu ‘Abbas , Nabi  telah mengutus Mu‘az ke negeri Yaman, Baginda bersabda kepadanya:   ))                          ... ((  . “Serulah mereka kepada pengakuan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika mereka menerima ajakan engkau maka ajarkan mereka bahawa Allah telah memfardhukan ke atas mereka lima kali solat sehari semalam”. (H. R. Al-Bukhari dan Muslim).

3.-Al Ijma'

Ulama’ Islam telah bersepakat (berijma’) di atas pensyari‘atan solat lima waktu dan sesungguhnya solat merupakan salah satu daripada kewajiban-kewajiban (fardhu) Islam.

In syaa Allah akan dilanjutkan

Baarakallahu fiikum

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mati karena sesuai dengan kebiasaannya

ILMU TERBAGI MENJADI DUA (ILMU DHARURI DAN ILMU NAZHARI)

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA