3) Hukum mengeluarkan zakat.


๐Ÿ“š Syarah Ushulul Iman

Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin: Membayar zakat maknanya: menyembah Allah  ๐Ÿ‰  dengan mengeluarkan kadar (ukuran) yang wajib dari harta-harta yang harus dizakati.

 Diantara hikmah mengeluarkan zakat adalah membersihkan jiwa dan moral yang tercela yakni kekikiran, serta dapat mencukupi kebutuhan kaum muslimin yang dhu`afa.

๐Ÿ“–

Zakat adalah suatu fardhu yang diwajibkan ke atas setiap muslim yang memiliki harta yang cukup nisab (kadar yang dikenakan zakat) dengan syarat-syaratnya sehinggakan harta kepunyaan orang gila dan kanak-kanak juga dikenakan zakat. Adalah menjadi kewajipan ke atas wali (penjaga) mereka untuk mengeluarkannya. Sesiapa yang mengingkari kewajipannya dengan sengaja sedangkan dia mengetahui akan hukum tersebut maka dia telah menjadi kafir.  Sesiapa yang tidak mahu mengeluarkan zakat kerana bakhil atau memandang ringan terhadap hukumnya maka dia menjadi fasiq dan telah melakukan satu kesalahan yang besar serta mendapat dosa besar. Dia berada di bawah kehendak Allah (sama ada Allah menimpakan azab ke atasnya atau mengampunkannya) jika dia mati dalam keadaan tersebut, berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya”. (An-Nisa’: 48).

 Pihak pemerintah mesti mengambil zakat daripadanya serta mengenakan hukuman (ta’zir) ke atasnya kerana dia telah melakukan perbuatan yang haram.

Allah telah menjanjikan azab kepada golongan yang tidak mahu membayar zakat dengan firman-Nya:
 “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksaan yang pedih. Pada hari dipanaskan (emas dan perak itu) dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan belakang mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: 'Inilah harta benda yang telah kamu simpan untuk dirimu sendiri maka rasakanlah sekarang (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu”. (At-Taubah: 34-35).

 Dari Abu Hurairah , sabda Nabi :
“Sesiapa yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak mengeluarkan zakat maka dia akan dipanaskan dengan hartanya di dalam neraka jahanam, dengan dijadikannya sebagai besi kemudian digosokkan di sebelah kiri dan kanan rusuknya serta dahinya, sehingga Allah menyelesaikan perbicaraan di antara hamba-Nya pada hari yang tempoh (sehari) seperti lima puluh ribu tahun, selepas itu ditentukan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka…” al-Hadis. (Muttafaq ‘alaih, lafaz hadis ini menurut riwayat Muslim).

in syaa Allah dilanjutkan, Baarakallahu fiikum

๐Ÿ“ Disalin dari Pilar-pilar Islam

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mati karena sesuai dengan kebiasaannya

ILMU TERBAGI MENJADI DUA (ILMU DHARURI DAN ILMU NAZHARI)

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA