3) Kelebihan (fadhilat) serta hikmat disyari‘atkan puasa.

Syarah Ushulul Iman

Puasa Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah.

Bulan Ramadhan merupakan suatu musim yang sangat berharga untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sekiranya diberi kesempatan (hidup) di dalamnya maka ia merupakan suatu nikmat yang besar serta limpahan kurniaan daripada Allah Yang Maha Mulia. Allah menganugerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki untuk memperbanyakkan amal kebajikan, menaikkan darjat, menghapuskan kesalahan dan mengukuhkan hubungan dengan penciptanya Jalla wa ‘Ala (Yang Maha Tinggi). Semoga dituliskan baginya pahala yang besar, ganjaran yang banyak dan dapat mencapai keredhaan Allah serta hatinya dipenuhi dengan rasa takut kepada Allah.

Antara fadhilat Puasa ialah:

a- Firman Allah Ta‘ala: “Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan (menjelaskan) perbezaan antara
yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan musafir (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185).

b- Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah  Sabda Nabi : “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala nescaya diampunkan baginya kesalahannya yang telah lalu”. (Muttafaq ‘alaih).

c- Daripada Abu Hurairah  Sabda Nabi:                     “…Pahala amal kebajikan digandakan sepuluh kali ganda hingga (sampai) kepada tujuh ratus kali ganda. Firman Allah 'Azza wa Jalla (dalam Hadis Qudsi): 'kecuali puasa; kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, lantaran seseorang itu meninggalkan syahwatnya dan makannya kerana-Ku'. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika
berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim, lafaz hadis daripada Muslim).

In syaa Allah dilanjutkan

Serta nanti ada kajian mengenai Shaum untuk bekal-bekal Ramadhan juga.

Baarakallahu fiikum

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mati karena sesuai dengan kebiasaannya

ILMU TERBAGI MENJADI DUA (ILMU DHARURI DAN ILMU NAZHARI)

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA