Adab-adab Puasa.


๐Ÿ“š Syarah Ushulul Iman

๐Ÿ“–

a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu domba (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram serta memeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain.

 Sabda Nabi :           . “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (H.R. Al-Bukhari).

 b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik.
 Rasulullah  telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya: “Sahur adalah makanan yang diberkahi. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, karena Allah  dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur”. (H.R.Ahmad).

c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib).

 Sabda Nabi :
“Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa”. (Muttafaq ‘alaih)

d- Sebaik-baiknya berbuka dengan ruthab (tamar (kurma) separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah.

Kata Anas : “Rasulullah  berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air”. (H.R. Abu Daud).

e- Memperbanyak membaca dan mengkaji al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh.

 Kata Abdullah bin ‘Abbas:                            . “Rasulullah  adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Jibril datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah  ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

In Syaa Allah dilanjutkan ke bahasan Rukun Islam ke5 yaitu mengenai haji

Baarakallahu fiikum

Komentar

Postingan populer dari blog ini

mati karena sesuai dengan kebiasaannya

ILMU TERBAGI MENJADI DUA (ILMU DHARURI DAN ILMU NAZHARI)

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA