Hukum mengerjakan haji.
📚 Syarah Ushulul Iman
Para ulama’ telah bersepakat (ijma’) bahawa haji telah diwajibkan ke atas umat ini bagi yang mampu melakukannya sekali seumur hidup.
Haji merupakan salah satu daripada lima rukun yang dibina asas Islam di atasnya.
Firman Allah Ta‘ala: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan siapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian makhluk”. (Aali ‘Imran: 97).
Sabda Nabi : . “Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi sewaktu mengerjakan haji yang terakhir (al-wada’): “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memfardhukan ke atas kamu mengerjakan haji maka tunaikanlah ibadat haji”. (H.R. Muslim).
In Syaa Allah dilanjutkan, Baarakallahu fiikum
Komentar
Posting Komentar